Solution (kumpulan muzik)


Kumpulan Solution merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rockMelayu.[1]Kumpulan Solution pernah muncul dengan album sulung pada tahun 1994 menggunakan nama Perdana, namun kehadiran mereka gagal meletakkan kumpulan itu di tempat terbaik.Kumpulan Solution kemudian menerbitkan album kedua Solution berjudul Isytihar yang menekankan konsep rock progresif yang disesuaikan dengan selera pendengar muzik Malaysia. Mereka juga banyak memilih lirik bermesejkan cinta kerana lagu bermesej sedemikian senang diterima oleh peminat.Album tersebut juga menampilkan komposer dan penulis lirik terkenal seperti Johari Teh, Loloq, Azam Dungun, Ajai dan beberapa lagi. Antara lagu yang dimuatkan ialah Rindu Pasti Merindu, Dusta Sebuah Janji, Isytihar Sultan Cinta, Pesona, Mahligai Kencana dan beberapa lagi.

Solution (kumpulan muzik)

Pekerjaan Penyanyi/Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Genre Rock/Slow Rock
Tahun aktif 1994 -